Saya Nor Syazwani Bt Zakaria. Dilahirkan pada 20 Jun 1994 dan merupakan anak kelahiran negeri Kedah Darul Aman. Saya mempunyai 4 orang adik-beradik yang terdiri daripada 2 orang kakak dan seorang abang. Saya juga merupakan anak bongsu dalam keluarga ini. Dari segi latar belakang pendidikan, saya merupakan seorang bekas pelajar lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Syed Ahmad yang terletak di Pekan Kuala Nerang dan kini sedang menuntut di salah sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) iaitu dikenali sebagai Universiti Utara Malaysia (UUM) di bawah Program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pembangunan dengan Kepujian (BDM).
Seiring dengan itu, saya juga mempunyai perwatakan yang tersendiri dan agak sederhana dalam beberapa perkara, terutamanya dalam aspek pemakaian (bergantung kepada situasi). Tetapi, perkara yang paling dititik beratkan adalah dari sudut “kekemasan” kerja atau setiap tugasan yang dilakukan. Hal ini demikian kerana saya memegang prinsip bahawa "sesuatu yang dilakukan itu sebenarnya melambangkan siapa diri kita". Di samping itu, saya juga boleh dikategorikan sebagai seorang yang bersikap terbuka, berdikari, suka bekerja dalam pasukan atau berkumpulan, suka sesuatu yang mencabar, bersifat ingin tahu, berfikiran positif dan suka terhadap sesuatu yang cantik dan wangi.
Seterusnya dari segi pengalaman, saya dahulunya pernah bekerja sambilan selama dua bulan di sebuah gerai makanan yang berdekatan dengan rumah, kemudiannya saya berhijrah ke Alor Star dan bekerja sambilan sebagai jurujual tudung selama tiga bulan di sebuah kompleks membeli-belah yang di kenali sebagai City Plaza. Hasil daripada pengalaman yang tidak seberapa ini, kemudiannya saya mengorak langkah bekerja sambilan di sebuah hotel memegang jawatan sebagai kerani. Setelah beberapa bulan bekerja, akhirnya saya mengambil keputusan untuk berhenti bekerja dan bertekad untuk menyambung semula pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Inilah serba ringkas mengenai kisah hidup saya. Sekian, Terima kasih.