Hutan boleh disifatkan sebagai suatu
komuniti yang lengkap untuk semua jenis hidupan liar seperti
tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Anugerah
alam semulajadi ini sebenarnya mempunyai peranan yang tersendiri di samping
berperanan sebagai penyumbang kepada
peningkatan sosioekonomi dan
kestabilan ekologi. Namun begitu, hutan
di negara kita kini semakin mengalami kepupusan. Hal ini demikian kerana
wujud pelbagai faktor yang mendorong sesetengah individu melakukan kegiatan ini
secara haram. Fonomena ini secara tidak langsung telah mengundang bencana
kepada negara.
Salah satu faktor yang menyumbang
kepada aktiviti pembalakan haram ini adalah permintaan yang tinggi terhadap
kayu-kayan di Malaysia. Hal ini demikian kerana Malaysia memiliki pelbagai jenis kayu balak yang diiktiraf berkualiti
tinggi seperti kayu jati, cengal, meranti, damar , gam, seraya, jelutong dan
sebagainya. Ini dapat dibuktikan sejak tahun 1979, kayu balak menjadi barang ketiga terpenting selepas getah dan
petroleum. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa kayu balak memiliki nilai yang tinggi dalam pasaran
ekonomi dunia.
Di samping itu, kepesatan industri
pelancongan turut menjadi faktor utama pembalakan haram dan kemusnahan hutan.
Lazimnya, pembukaan tempat pelancongan baru memerlukan infrastruktur yang
banyak untuk didirikan. Contohya pembinaan prasarana seperti jalan raya yang
berfungsi menghubungkan tempat pelancongan dengan kawasan bandar berdekatan. Sekiranya
pembangunan yang dilakukan ini tidak terncang ,maka ekosistem di kawasan
tersebut akan musnah.
Peningkatan
aktiviti pembalakan haram ibarat cendawan tumbuh selepas hujan ini sedikit
sebanyak telah mengundang kepada kejadian bencana alam seperti banjir lumpur. Perbuatan ini menyebabkan permukaan bumi
menjadi gondol dan terdedah kepada hakisan, bahan yang terhakis akan dibawa dan
dimendapkan ke dasar sungai. Hal ini menyebabkan sungai menjadi cetek. Apabila
hujan lebat, sungai tidak mampu menampung air yang banyak lalu melimpah ke
kawasan sekitarnya. Contohnya, banjir yang telah memusnahkan perkampungan orang
asli menyebabkan kehidupan masyarakat mereka mengalami penderitaan.
Di samping itu, pembalakan haram turut
mengakibatkan peningkatan suhu bumi. Hal ini demikian kerana aktiviti
pembalakan haram akan meningkatkan kandungan gas karbon dioksida dalam udara.
Gas ini mampu memerangkap haba di atmosfera daripada dipantulkan semula.
Fenomena inilah yang menyebabkan peningkatan suhu persekitaran. Keadaan menjadi
bertambah teruk apabila kurangnya tumbuhan yang menyerap gas ini. Selain
peningkatan suhu, fenomena ini juga turut mengakibatkan kesan rumah hijau dan
perubahan suhu setempat.
Konklusinya,
kita hendaklah berkolaborasi antara satu sama lain bagi membendung kegiatan
haram ini daripada terus meragut
keindahan alam ciptaan ilahi. Semua pihak terutamanya pihak kerajaan perlu mengambil
tindakan yang tegas terhadap pesalah yang didapati menjalankan kegiatan
pembalakan ini. Orang awam pula hendaklah memainkan dengan melaporkan sebarang
pergerakan kenderaan pengangkut balak yang mencurigakan kepada pihak tertentu. Sekiranya kerjasama ibarat aur dengan
dilakukan,sudah pasti kegiatan ini di atasi dengan mudah.
No comments:
Post a Comment